Siri iPhone 15 dilaporkan hanya menyokong pengecasan 20W melalui USB-C - FUZZ.MY

Thursday, March 23, 2023

Siri iPhone 15 dilaporkan hanya menyokong pengecasan 20W melalui USB-C


Seperti yang kita tahu, Apple sedia untuk menggunakan sambungan pengecasan USB-C pada siri iPhone 15. Dengan menggunakan sambungan pengecasan USB-C, kebanyakkan pengguna mengharapkan yang Apple mungkin akan menyokong pengecasan yang lebih pantas.


 

Terbaru, menurut pakar tiris Ming-Chi Kuo. Siri iPhone 15 dilaporkan hanya menyokong pengecasan pantas 20W melalui USB-C. Pemilihan 20W ini dilihat sebagai pilihan paling menjimatkan kos untuk pengguna iPhone dan setiap pengecas untuk siri iPhone 15 perlu diperakui MFi.


Berikutan dari itu, Apple dijangka akan meningkatkan permintaan dan penghantaran untuk pengecas USB-C sebanyak 120% iaitu 70 juta unit untuk tahun 2023, selari dengan pengguna sambungan pengecasan USB-C pada siri iPhone 15. Faktor lain menyebabkan peningkatan permintaan pengecas USB-C adalah kemungkinan pengguna membeli lebih daripada satu pengecas.


Biarpun, siri iPhone 15 menyokong pengecasan yang sama namun, hanya iPhone 15 Pro akan menyokong teknologi penghantaran data yang lebih pantas iaitu USB 3.2. Manakala untuk model standard ia akan menggunakan teknologi USB 2.0 sahaja.


(Sumber)