Close

Siri Oppo Find X6 dilancarkan dengan harga sekitar RM3905

Oppo secara rasminya melancarkan peranti premium mereka iaitu Oppo Find X6 di China bagi menggantikan model sedia. Melaluinya ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi, reka bentuk yang lebih baik dan juga kemampuan kamera yang dipertingkat.

Oppo Find X6 Pro


Merupakan peranti paling premium dalam siri Oppo Find X6. Hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.82-inci yang turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 2500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 4.0. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan berwayar SuperVOOC 100W dan pengeecasan tanpa wayar AirVOOC 50W.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci IMX989 OIS + 50MP telefoto dengan zum hybrid sehingga 6x + 50MP ultra lebar / makro dengan kemampuan merakam imej pada jarak 4cm. Keupayaan kamera ini ditala dengan penjenamaan Hasselblad dan juga cip Marisilicon X. 

Terdapat beberapa ciri menarik yang dimuatkan melalui penjenamaan Hasselblad seperti Hasselblad Pro Mode, mod XPAN, Hasselblad Natural Colour Profile dan mod Hasselblad Potrait. Cip Marisilicon X menawarkan pengalaman fotografi yang lebih baik dan keupayaan sistem fokus yang lebih pantas. Melengkapkanya, ia hadir dengan kamera swafoto bersaiz 32MP IMX709.

Oppo Find X6

Manakala untuk Oppo Find X6, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.74-inci yang turut menyokong paparan sehingga 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9200 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 4800mAh yang turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP IXM890 OIS + 50MP telefoto + 50mp ultra lebar dengan kamera swaofot 32MP kamera. Keupayaan kamera turut ditala dengan penjenamaan Hasselblad dan juga cip Marisilicon X. Ciri lain yang turut hadir seperti penarafan IP64 dan menjalankan ColorOS 13.1 yang berasaskan Android.

Di China, Oppo Find X6 dijual pada harga bermula dari CNY4499 (RM2929) untuk 12GB + 256GB. Sementara, Oppo Find X6 Pro pula ia dijual pada harga bermula dari CNY5999 RM3905 untuk 12GB + 256GB. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai penawaran peranti ini untuk pasaran tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN