Close

Siri Redmi Note 12 akan dilancarkan secara global pada 23 Mac ini

Siri Redmi Note 12 telahpun dilancarkan secara rasmi di China pada Oktober tahun lalu. Di China, siri Redmi Note 12 ini ditawarkan dalam 5 pilihan varian iaitu Redmi Note 12, Redmi Note 12 Pro, Redmi Note Pro + dan Redmi Note 12 Discovery Edition.

Brace yourselves for the #RedmiNote12Series! This launch is going to be so out-of-this-world amazing, you’ll need a space shuttle just to catch up!

Join our live updates on March 23rd at 23:00 (GMT+8) and see what we’re talking about! #LiveVivid pic.twitter.com/SgsjJUbMJo

— Xiaomi (@Xiaomi) March 13, 2023

 

Antara spesifikasi menarik yang dibawakan untuk siri Redmi Note 12 adalah kemampuan kamera yang lebih baik dengan 200MP, kapasiti bateri yang lebih besar dan juga sistem pengecasan yang lebih pantas dengan 210W.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah spesifikasi yang sama akan dibawakan untuk pasaran global atau sebaliknya. Selain itu, tidak dapat dipastikan varian yang akan ditawarkan untuk pasaran global. Secara kebiasaan, Redmi hanya akan menawarkan tiga varian untuk pasaran global.

Dengan pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN