Close

Skuter elektrik Blueshark kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM7190

Blueshark kini sedia untuk menawarkan dua model skuter elektrik pintar untuk pasaran tempatan melalui model Blueshark R1 dan Blueshark R1 Lite. 

Skuter elektrik pintar ini mempunyai berat sekitar 92kg dan mampu memecut pada kelajuan 80km/j. Dengan satu isian penuh, skuter elektrik pintar ini mampu bergerak sejauh 160km. Skuter elektrik pintar ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 10-inci yang digunakan untuk memaparkan pelbagai maklumat dan turut menyokong navigasi GPS, Bluetooth, pemain medai, rakaman pemanduan dan beberapa fungsi lain.

Skuter elektrik ini dilengkapi dengan dua buah bateri dengan setiap satunya seberat 11kg yang membekalkan tenaga 1.44kWh. Terdapat tiga kaedah pengecasan, pertama mengecas dengan mengeluarkan bateri dan cas di stesesen pengecas yang disediakan, kedua cas menggunakan secara langsung dengan kabel dan ketiga tukar bateri yang habis dengan bateri lain melalui rangkaian stesen Blue swap.

Di Malaysia, Blueshark R1 dijual pada harga RM9390 dan untuk Blueshark R1 Lite dijual pada harga RM7190. Menariknya, skuter elektrik pintar ini mematuhi undang-undang JPJ dan cukai jalan adalah percuma buat masa ini kerana ia sebuah kenderaan elektrik.

Harga jualan skuter elektrik ini tidak termasuk dengan bateri, yang mana pengguna perlu menyewa bateri dengan harga RM79/sebulan untuk dua unit. Blueshark turut menawarkan langganan Blue Swap dengan harga bermula dari RM59 untuk 36 kali penukaran bateri atau tanpa langganan RM1.95 untuk setiap penukaran.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN