Seperti kebiasaan, siri Redmi akan turut dilancarkan secara global. Namun, untuk pasaran global siri Redmi K60 akan dijenamakan semula sebagai Poco F5 Pro. Terbaru, spesifikasi penuh peranti tersebut telah tertiris.
POCO F5 Pro
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) March 13, 2023
- 6.67" 2K OLED, 120Hz
- Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 SoC
- 8/12GB RAM
- 256GB storage
- Rear: 64MP (OIS) + 8MP (UW) + 2MP (macro)
- Selfie: 16MP
- Android 13, MIUI 14
- Stereo speakers, in-display FP
- 5,500mAh battery, 67W charging
Berdasarkan dari maklumat tersebut, memperlihatkan Poco F5 Pro akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Menggunakan skrin bersaiz 6.67-inci OLED yang menyokong paparan 120Hz.
Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Bateri 5500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 67W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalakan MIUI 14 yang berasaskan Android 14. Redmi K60 telahpun dilancarkan di China pada Disember tahun lalu. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran yang didedahkan.