Close

Spesifkasi Asus ROG Phone 7 tertiris sebelum pelancaran

Asus telapun menjadualkan acara pelancaran untuk ROG Phone 7 pada 13 April ini. Berikutan dari itu, pelbagai laporan mengenai peranti tersebut telahpun tertiris.

Terkini, pakar tiris Digital Chat Station telah berkongsi spesifikasi yang mungkin akan digunakan pada ROG Phone 7. Melalui perkongsian tersebut memperlihatkan beberapa maklumat asas mengenai spesifikasi ROG Phone 7.

ROG Phone 7 dijangka akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci yang turut menyokong paparan 165Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X dan storan dalaman UFS 4.0.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 13MP + 5MP dengan swafoto 32MP. Masih mengekalkan kapasiti bateri dan teknologi pengecasan pantas yang sama seperti model sebelumnya iaitu 6000mAh dan 65W. Selain itu, ia juga menyokong penarafan IP54.

Buat masa ini, spesifikasi ini masih lagi tidak dapat dipastikan kebenarannya. Untuk spesifikasi yang tepat, sama-sama kita nantikan pelancarannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN