Tengku Zafrul sahkan Tesla akan membuka pusat servis dan ibu pejabat di Malaysia - FUZZ.MY

Wednesday, March 1, 2023

Tengku Zafrul sahkan Tesla akan membuka pusat servis dan ibu pejabat di Malaysia


Tengku Zafrul melalui akaun Twitter rasmi beliau mengumumkan yang syarikat automotif popular iaitu Tesla Inc akan membuka ibu pejabat mereka di Malaysia tidak lama lagi.


 

Melalui perkongsian tersebut, menyatakan yang Malaysia mengalu-alukan kedatangan syarikat automotif tersebut ke Malaysia. Beliau turut menyatakan yang MITI Malaysia telahpun meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Battery Electric Vehicles (BEV) ke Malaysia.



Sehubungan dengan itu, Tesla akan membuka ibu pejabat, pusat servis, dan juga rangkaian Supercharger di Malaysia tidak lama lagi. Ia sekaligus akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dalam masa yang sama menawarkan gaji yang lebih baik.


(Sumber)