Close

TNB Electron bakal menambah 6 lagi stesen pengecas EV pada tahun ini

Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui TNB Electron mengumumkan yang mereka bersedia untuk menambah 6 lagi stesen pengecas EV pada tahun ini.

Pada ketika ini, stesen pengecas EV dari TNB Electron telahpun tersedia di 3 kawasan Rehat dan Rawat (R&R) iaitu di Tapah (arah utara), Paka (arah utara) dan juga Ayer Keroh (arah utara).

Untuk harga pengecasan ia bermula dari RM2.05/minit untuk pengecas 80 kW dan RM2.35/minit untuk pengecas 100 kW di R&R Tapah. Sementara untuk dua lagi R&R iaitu Ayer Keroh dan Paka bermula dari RM2.20/minit untuk pengecas 90kW.



6 lagi lokasi stesen pengecas EV yang akan dibuka adalah di R&R Machap (arah selatan), Rawang (arah utara), Gunung Semanggol (arah selatan), Gurun (arah utara dan selatan) dan juga Paka (arah selatan). Yang mana, stesen ini dijangka akan siap pada penghujung tahun 2023 dan akan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 9 stesen.


Bagi pengguna yang ingin menggunakan pengecas EV dari TNB Electron, anda perlu memuat turun aplikasi Go-To-U di Playstore dan Appstore.

ARTIKEL BERKAITAN