Close

Toyota Alphard kini boleh berlumba dalam permainan “Gran Turismo 7”


Permainan Gran Turismo 7 kini menyertakan MPV popular Jepun iaitu Toyota Alphard dalam kemas kini terbaru mereka iaitu versi 13.1. Kemas kini ini turut hadir dengan beberapa perubahan iaitu penambahan 5 buah kereta baharu, susun atur baharu pada litar Nurburgring dan juga sokongan 120Hz untuk PS5.

Perkara paling menarik untuk kemas kini 13.1 semestinya penambahan 5 kereta baharu dalam Gran Turismo 7. 5 kereta tersebut adalah Audi RS 5 Turbo DTM 2019, Mazda3 X Burgundy Selection 2019, Porsche 959 1987, Porsche Carrera GTS (904) 1964  dan kenderaan terakhir iaitu Toyota Alphard Executive Lounge 2018.

Penambahan MPV popular Jepun tersebut dilihat sebagai sangat mengujakan. Anda boleh membeli Toyota Alphard Executive Lounge 2018 ini pada 75,000 kredit dengan spesifikasi Executive Lounge, menggunakan enjin 3.5 liter petrol V6 yang mampu menghasilkan 296 hp pada 6500 rpm dan dan tork 361 Nm pada 4,500 rpm.

Untuk susun atur baharu pada litar Nurburgring, PolyPhony Digital kini menambah dua lagi senarai dalam litar Nurburgring iaitu Endurance dan Sprint. Tidak ketinggalan, kemas kini 13.1 ini turut membawakan sokongan paparan 120Hz pada PlayStation 5.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN