Close

Twitter Blue kini ditawarkan untuk pengguna Malaysia

Twitter kini sedia menawarkan Twitter Blue untuk pengguna tempatan. Melalui penawaran ini, pengguna yang melanggan perkhidmatan tersebut akan menerima tanda calit biru yang diletakkan di sebelah nama pengguna.

Selain menerima tanda calit biru, Twitter Blue turut menawarkan beberapa fungsi lain seperti kebolehan muat-naik video 1080p dengan durasi yang lebih panjang, sunting Tweet yang telah dibuat, akses kepada Bookmark Folders dan lain-lain.

Untuk penawaran harga, ia ditawarkan pada RM35 sebulan atau RM369 setahun sekiranya melanggan melalui Web. Jika anda melanggan melalui aplikasi iPhone dan Android, ia ditawarkan sedikit mahal iaitu sekitar RM50 sebulan dan RM519.90 setahun. Twitter Blue boleh dilanggan oleh semua pengguna, kecuali pengguna akaun baharu perlu tunggu 90 hari sebelum boleh melanggan.

ARTIKEL BERKAITAN