Close

unifi bakal hadir dengan pakej internet fibre berkelajuan 2Gbps

unifi yang merupakan salah satu penyedia internet fibre di Malaysi dilihat sedia untuk menawarkan pakej internet yang lebih pantas dari pakej sedia ada yang ditawarkan oleh mereka dalam masa terdekat.

Pakej internet fibre yang menggunakan kata kunci Ultra dilihat akan menawarkan kelajuan pada 2Gbps, dalam masa yang sama unifi telahpun membuka laman khas untuk pendaftaran bagi pelanggan yang berminat dengan pakej baharu yang akan ditawarkan.

Buat masa ini pakej internet fibre dengan kelajuan 2Gbps hanya ditawarkan oleh TIME dengan harga langganan RM379 sebulan. Sementara, pakej internet fibre paling laju yang ditawarkan oleh unifi adalah pada 800Mbps dengan harga langganan RM299 sebulan.

Pada ketika ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan dan juga penawaran harga untuk pakej internet fibre Ultra dari unifi. Kami menjangkakan ia mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN