Close

Vivo menjadualkan acara pelancaran V27 5G di Malaysia pada 30 Mac ini

Selepas melancarkan Vivo V27e untuk pasaran tempatan pada awal Mac yang lalu, Vivo nampaknya bersedia untuk menawarkan satu lagi peranti iaitu Vivo V27 5G untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik.

Dari segi spesifikasi, Vivo V27 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7200 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 4600mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas FlashCharge 66W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP Sony IMX766V + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Kemampuan kamera ini turut ditala dengan fungsi Aura Light Potrait untuk memberikan hasil gambar malam yang lebih baik. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 50MP.

Menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan skrin melengkung 3D yang merupakan skrin paling nipis dalam keluarga Vivo. Selain itu, ia hadir dengan reka bentuk yang nipis iaitu 7.36mm dan berat hanya 180g sahaja. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Flowing Gold dan Noble Black.

Untuk harga jualan Vivo V27 5G, ia akan diumumkan pada hari pelancarannya iaitu pada 30 Mac ini. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN