Close

Vivo V27e kini rasmi di Malaysia dengan harga RM1299

Vivo Malaysia kini sedia untuk menawarkan peranti baharu kelas pertengahan mereka iaitu Vivo V27e. Memfokuskan kepada kemampuan kamera berdasarkan dari tema “Aura Potrait For Picture-Perfect Nights”. Selain itu, ia juga hadir dengan reka bentuk yang lebih baik dan spesifikasi yang dipertingkat.


Dari segi rekaan, Vivo V27e dilihat tampil dengan rekaan jenis berkotak dengan skrin jenis rata. Peranti ini juga adalah lebih dengan 186g dan lebih nipis dengan 7.8mm.


Untuk spesifikasi, Vivo V27e hadir dengan skrin bersaiz 6.62-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek G99 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.


Dari segi fotografi, Vivo V27e dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama Ultra-Sensing 64MP OIS + 2MP makro + 2MP kedalaman. Dengan tema “Aura Portrait, For Picture Perfect Night“, ia hadir dengan ciri Aura Light yang membantu untuk keadaan kurang cahaya. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP.


Bateri sebesar 4,600mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W. Spesifikasi lain yang turut hadir pada Vivo V27e adalah seperti Bluetooth 5.2, sambungan USB C, NFC, Game Boost Mode dan lain-lain.


Di Malaysia, harga jualan bagi Vivo V27e adalah RM1,299 untuk 8GB+256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu  Lavender Purple dan Glory BlackBagi yang berminat, pra-tempahan bermula pada 4 Mac ini. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM666.

ARTIKEL BERKAITAN