Close

Waze kini hadir dengan fungsi carian stesen pengecas EV

Aplikasi navigasi paling popular iaitu Waze hari ini mengumumkan fungsi baharu pada aplikasi mereka. Fungsi baharu ini membolehkan pengguna untuk mencari stesen pengecas EV yang paling hampir dengan lokasi pengguna.

Bukan itu sahaja, fungsi baharu ini juga turut memaparkan maklumat tambahan lain seperti jenis sambungan pengecas dan lokasi pengecas sepanjang laluan. Yang mana, pada ketika ini kebanyakan aplikasi belum lagi mengintegrasikan fungsi ini.

Fungsi ini dilihat sangat membantu pengguna kenderaan elektrik untuk merancang perjalanan dalam masa yang sama dapat menjimatkan masa dalam mencari lokasi pengecas EV. 

Google Maps merupakan aplikasi navigasi terawal mengintergrasi fungsi ini dan telahpun tersedia pada pengguna bermula pada 2022. Sementara untuk Waze, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja dan dijangka akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna global tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN