Close

WhatsApp bakal hadir dengan ciri mesej video tidak lama lagi

WhatsApp bakal membawakan ciri baharu pada aplikasi mereka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Ciri baharu yang dimaksudkan ialah mesej video, yang mana ciri ini membolehkan pengguna menghantar mesej dalam bentuk video.


Menurut WaBetaInfo, ciri mesej video ini telahpun diperlihatkan melalui kemas kini WhatsApp beta 23.6.0.73. Yang mana, kemas kini tersebut buat masa ini hanya tersedia untuk pengguna iOS sahaja. Melalui ciri mesej video, ia membolehkan pengguna merakam video berdurasi 60 saat dan menghantarnya kepada pengguna lain.

Seperti ciri lain, ciri ini turut menyokong penyulitan, menjadikan mesej video ini tidak boleh dilihat atau dikongsi kepada pengguna lain. Ciri mesej video ini juga tidak boleh dihantar (forward) atau disimpan oleh pengguna atau penerima lain disebabkan oleh privasi. WhatsApp menyatakan yang ciri ini adalah cara komunikasi yang lebh komprehensif dan berkesan.

Buat masa ini, ciri mesej video ini masih lagi berada dalam fasa awal pembangungan, tidak dapat dipastikan bilakah ciri ini akan diberikan secara rasmi kepada pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN