Close

WhatsApp bakal membolehkan pengguna ‘Mute’ panggilan dari nombor tidak dikenali

WhatsApp sedia menawarkan pelbagai fungsi baharu pada aplikasi mereka dalam memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Berikutan dari itu, WhatsApp dijangka akan membawakan satu lagi fungsi baharu yang membolehkan pengguna untuk ‘Mute’ panggilan dari nombor yang tidak dikenali.


Berdasarkan dari perkongsian WABetaInfo, memperlihatkan fungsi tersebut diletakkan pada bahagian tetapan dan ianya boleh diaktifkan dan dinyahaktifkan. Apabila fungsi tersebut diaktifkan, pengguna tidak akan menerima panggilan dari nombor tidak dikenali. Namun, panggilan tersebut masih akan dipaparkan pada senarai panggilan dan notifikasi.

Dengan adanya fungsi ini, ia dilihat dapat mengurangkan gangguan panggilan dari nombor tidak dikenali dan juga panggilan spam.

Walaubagaimanapun, fungsi ini masih lagi dalam fasa pembangunan. Tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersedia untuk semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN