Close

WhatsApp Group kini hadir dengan beberapa fungsi baharu

WhatsApp sentiasa membawakan fungsi baharu pada aplikasi mereka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Terbaru, WhatsApp hadir dengan beberapa fungsi baharu yang memfokuskan kepada WhatsApp Group.

Fungsi baharu ini memberikan admin WhatsApp Group lebih banyak kawalan, antaranya seperti kebenaran untuk menyertai kumpulan. Yang mana admin kini boleh memilih untuk membenarkan atau tidak pengguna menyertai kumpulan melalui pautan.

Selain itu, WhatsApp Group turut membawakan fungsi yang membolehkan penggunga mengetahui sekiranya kenalan anda berada dalam kumpulan yang sama. Fungsi ini boleh digunakan melalui tab carian dengan mengisi nama kenalan, ia akan memaparkan kumpulan yang disertai oleh anda berdua.

Fungsi baharu ini telahpun dilancarkan dan dijangka akan diterima oleh kebanyakkan pengguna secara berperingkat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN