Close

Xiaomi 13 Ultra dilaporkan hadir dengan pengecasan pantas 90W

Model Ultra pada siri Xiaomi 13 sentiasa menjadi perhatian buat penggemar teknologi dan peminat Xiaomi. Seperti model sebelumnya, Xiaomi 13 Ultra dijangka akan membawakan kemampuan kamera yang sama melalui sensor sebesar 1-inci.

Bercakap mengenainya, laporan terbaru mendedahkan yang Xiaomi 13 Ultra akan hadir dengan teknologi pengecasan 90W dan bukannya 120W seperti mana pada model sebelumnya. Maklumat tersebut didedahkan melalui pensijilan 3C yang dikesan menggunakan kod 2304FPN6DC didakwa sebagai Xiaomi 13 Ultra.

Tidak dapat dipastikan mengapa Xiaomi 13 Ultra menggunakan teknologi pengecasan yang lebih rendah berbanding model sebelumnya. Perubahan ini mungkin disebabkan oleh saiz kapasiti bateri atau saiz modul kamera yang lebar dan sebagainya.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai spesifikasi peranti ini. Namun, menurut beberapa laporan ia mungkin hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, skrin jenis melengkung dan juga sensor kamera 50MP. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN