Close

Xiaomi Malaysia menjadualkan acara pelancaran siri Redmi Note 12 pada 5 April ini


Redmi kini sedia untuk menawarkan siri Redmi Note 12 untuk pasaran tempatan. Siri Redmi Note 12 yang baharu sahaja diumumkan untuk pasaran global minggu lalu kini sedia untuk dilancarkan di Malaysia pada 5 April ini.


Namun begitu, buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai model yang akan dilancarkan untuk pasaran tempatan. Di China, siri Redmi Note 12 ditawarkan dalam lima pilihan varian iaitu Redmi Note 12 5G, Redmi Note 12 Pro, Redmi Note 12 Pro+, Redmi Note 12 Discovery Edition dan Redmi Note 12 Turbo. 


Dari segi spesifikasi, untuk Redmi Note 12 Pro, Pro+ dan Discovery Edition ia dikuasakan dengan cip Dimensity, skrin AMOLED 120Hz, kamera 200MP dan pengecasan pantas sehingga 210W. Manakala untuk Redmi Note 12 5G ia dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 1, bateri 5000mAh dan kamera 48MP.


Dengan kebanyakkan maklumat telahpun diketahui, kita sekarang hanya menunggu maklumat mengenai ketersediaan dan juga penawaran harga untuk siri Redmi Note 12. Kesemua maklumat tersebut akan dikongsi pada hari pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN