Close

Xiaomi Smart Cooking Robot kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM4599

Xiaomi kini sedia untuk menawarkan peranti pintar baharu yang memfokuskan kepada memasak untuk pasaran tempatan. Peranti tersebut adalah Xiaomi Smart Cooking Robot, tampil dengan lapan ciri memasak khusus dengan kemahiran memasak yang pelbagai dan praktikal.

Xiaomi Smart Cooking Robot ini mampu menyediakan pelbagai hidangan dan mempunyai lebih dari 200 resipi masakan secara terbina. Peranti ini turut diintergrasikan dengan 35 fungsi dalam 1 mesin dan mempunyai skrin sentuh sebesar 8-inci.

Peranti ini dilengkapi dengan dengan sebuah motor berkuasa tinggi yang mempunyai kelajuan putaran pada 40rpm sehingga 12,000 rpm. Ciri lain yang turut hadir adalah seperti 3D induction heating, sokongan CookingIoT dan lain-lain.

Bagi yang berminat, Xiaomi Smart Cooking Robot ini dijual pada harga RM4599 dan boleh didapati di kedai rasmi atas talian Xiaomi di Shopee dan Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN