Close

Xiaomi Watch S1 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga RM1399

Xiaomi kini sedia untuk menawarkan peranti boleh pakai baharu mereka iaitu Xiaomi Watch S1 Pro untuk pasaran tempatan. Tampil dengan reka bentuk yang lebih baik dan juga spesifikasi yang terkini.

Xiaomi Watch S1 Pro hadir dengan skrin bulat bersaiz 1.47-inci AMOLED dengan resolusi 480 x 480 yang turut menyokong kecerahan puncak sehingga 600 nits. Menggunakan bahan binaan dari keluli dan skrin dilindungi dengan sapphire crystal.

Seperti peranti boleh pakai yang lain, Xiaomi Watch S1 Pro hadir dengan fungsi penjejakan kesihatan seperti spO2, penjejakan tekanan, penjejakan tidur, denyutan jantung dan lain-lain. Ia juga turut dimuatkan dengan lebih dari 100 aktiviti secara terbina.

Bateri 500mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa dan menurun kepada 10 hari untuk penggunaan yang lebih berat. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooh 5.2, dual-band GPS, mikrofon, speaker, penarafan 5 ATM dan juga sokongan Wi-Fi.

Di Malaysia, Xiaomi Watch S1 Pro dijual pada harga RM1399. Namun begitu, buat masa ini Xiaomi belum lagi mendedahkan mengenai ketersediaan untuk pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN