Close

3 perkara menarik mengenai Samsung Galaxy A54 5G

Siri Galaxy A generasi keempat yang ditawarkan ketika ini boleh dikatakan sebagai peranti kelas pertengahan premium. Mana tidaknya, Samsung secara jelas membawakan hampir kesemua ciri premium yang ada pada siri Galaxy S pada siri Galaxy A. Dan dalam siri Galaxy A, yang paling mencuri tumpuan adalah model Galaxy A54 5G.
Terdapat beberapa perkara yang menarik yang dibawakan oleh Samsung pada Galaxy A54 5G. Antaranya adalah seperti rekaan yang lebih menarik, kemampuan kamera yang lebih baik dan sebagainya. Oleh yang demikian kami ingin berkongsi mengenai tiga perkara yang kami suka pada Galaxy A54 5G.
Rekaan


Boleh dikatakan sebagai perubahan yang agak ketara dari segi rekaan pada Samsung Galaxy A54 5G berbanding model sebelumnya. Membawakan rekaan yang sama seperti siri Samsung Galaxy S23 menjadikan peranti ini kelihatan sangat kemas, minimalis dan juga premium. Sementara pada bahagian hadapan, masih mengekalkan rekaan yang sama dengan bingkai yang agak tebal dan rekaan skrin jenis waterdrop.

Perkara paling kami suka mengenai rekaan pada Samsung Galaxy A54 5G adalah pada rekaan kamera yang menggunakan rekaan Floating Camera. Rekaan Floating Camera ini menjadi kamera belakang seolah-oleh terapung sekaligus menjadikan ia kelihatan sangat menarik. Rekaan sisi peranti ini sedikit bulat dengan kemasan glossy menjadikan ia sedikit licin ketika dipegang tetapi, masih lagi selesa ditangan. Panel belakang peranti ini menggunakan Gorilla Glass 5 yang dipadankan dengan kemasan Glossy. Premium dan minimalis mungkin perkataan yang sesuai untuk mengambarkan secara keseluruhan mengenai rekaan peranti ini.
Cip pemprosesan

Samsung Galaxy A54 5G dikuasakan dengan cip yang lebih berkuasa berbanding pada model sebelumnya. Dijana dengan cip Exynos 1380 yang dibina dengan teknologi 5nm dengan konfigurasi lapan teras 4x Cortex 78 dan 4x Cortex A55. Cip ini menawarkan peningkatan CPU sehingga 20% dan peningkatan GPU sehingga 26% berbanding pada Samsung Galaxy A53 5G.
Secara keseluruhan, Exynos 1380 telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Prestasi yang diberikan juga adalah sangat mengagumkan walaupun ia bukanlan cip dari kelas andalan. Pengalaman penggunaan harian tiada sebarang masalah, penukaran aplikasi sangat lancar biarpun menjalankan pelbagai aplikasi secara serentak. Dari segi permainan, kebanyakan games boleh dimainkan dengan lancar dan boleh dimainkan pada tetapan pertengahan dan ke atas.
Sistem operasi dan kemaskini

Mungkin tidak banyak pengguna yang membicarakan perkara ini secara umum. Namun, pada hemat kami sistem operasi dan kemaskini adalah salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan. Tidak banyak pengeluar yang mampu membawakan sistem operasi yang lancar dan kemaskini yang lebih panjang untuk peranti kelas pertengahan.

Untuk sistem operasi, Samsung Galaxy A54 5G menjalankan sistem operasi One UI 5.1 yang berasaskan Android 13. Yang mana, One UI 5.1 lebih memfokuskan kepada penambahan fungsi baharu dan juga kemampuan ubahsuai antaramuka yang lebih baik. Masih lagi mengekalkan antaramuka yang minimalis dan mudah untuk difahami. Sepanjang percubaan ringkas kami, tiada sebarang masalah yang dihadapi ketika mengendalikan One UI 5.1, sistem operasi terasa sangat lancar dan pantas.
Pada Samsung Galaxy A54 5G, Samsung menawarkan kemaskini yang lebih panjang dengan empat tahun kemaskini Android dan lima tahun kemaskini keselamatan. Buat masa ini Samsung adalah satu-satunya pengeluar yang menawarkan kemas kini sehingga 5 tahun untuk peranti kelas pertengahan.

ARTIKEL BERKAITAN