Close

Amazon secara tidak sengaja menyenaraikan Beats Studios Buds+ yang belum dilancarkan

Amazon secara tidak sengaja telah menyenaraikan TWS yang belum lagi dilancarkan iaitu Beats Studios Buds+. Melalui penyenaraian tersebut, memperlihatkan beberapa makluamt penting seperti rekaan dan juga spesifikasi.

Beats Studios Buds+ dilihat akan tampil dengan rekaan lut sinar yang sama seperti mana pada Nothing Ear (1) dan Nothing Ear (2). Akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Putih.

Selain itu, Beats Studios Buds+ akan dilengkapi dengan mikrofon 3 kali ganda lebih besar, pengudaraan yang lebih baik dan ketahanan bateri yang lebih lama iaitu 36 jam. Pembatalan hingar kini menyokong 1.6x ganda lebih berkuasa dan 2x ganda lebih jelas untuk mod ketelusan. 

TWS ini turut menyokong beberapa fungsi menarik seperti penarafan IPX4, audio spatial, sistem carian find My dan juga Hey Siri. Turut didatangkan dengan empat pilihan tip telinga XS, M, dan L untuk disesuaikan bagi keselesaan pengguna. 

Di Amazon, Beats Studios Buds+ ini ditawarkan pada harga sekitar RM758. Ketika artikel ini ditulis, penyenaraian Beats Studios Buds+ telahpun dikeluarkan dari Amazon.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN