Close

AMD umumkan siri cip Ryzen Z1– Cip khas untuk konsol mudah alih

AMD secara rasmi mengumumkan cip baharu siri Ryzen Z1. Cip ini direka khas untuk konsol mudah alih dan akan digunakan pada konsol mudah alih generasi akan datang.

Cip Ryzen Z1 dan Ryzen Z1 Extreme ini menggunakan teknologi binaan Ryzne Zen 4 4nm dengan GPU RDNA 3. Untuk Ryzen Z1, ia hadir dengan CPU Zen 4 6 teras, 12 thread dan 22MB cache. Dari segi grafik, ia menggunakan GPU RDNA 3 yang mampu menghasilkan grafik pada 2.8 teraflops.

Sementara, Ryzen Z1 Extreme pula. ia juga menggunakan CPU ZEN 4 8 teras, 12 thread dan 24MB cache. Untuk prestasi grafik, ia hadir dengan GPU RDNA 3 yang mampu menghasilkan grafik pada 8.6 teraflops.

Untuk spesifikasi lain, kedua-dua cip ini menyokong sambungan USB 4, LPDDR5 dan LPDDR5X. Cip baharu ini turut hadir dengan AMD Radeon Super Resolution (RSR), Radeon Chill, Radeon Image Sharpening dan AMD Link. Kedua-dua cip ini adalah hak eksklusif Asus pada ketika ini, akan tersedia pada ROG Ally. Maklumat lanjut mengenai ROG Ally akan diumumkan pada 11 Mei ini. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN