Close

Aplikasi CIMBClicks kini mengehadkan akses aplikasi untuk satu peranti berdaftar sahaja

Bermula hari ini, aplikasi CIMBClicks mengehadkan akses kepada satu peranti berdaftar sahaja sebagai peranti utama. Perkara tersebut telah diumumkan oleh CIMB melalui laman web rasmi mereka.


Pengenalan fungsi baharu ini dilihat sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan lagi keselamatan akaun pengguna sekaligus dapat mengurangkan isu penipuan yang semakin berleluasa.


Melalui fungsi ini, pengguna yang mempunyai lebih dari satu peranti berdaftar yang disambung pada aplikasi CIMBClicks perlu menyahaktif peranti lain, perlu memilih satu peranti berdaftar sahaja sebagai peranti utama.



Untuk menyahakifkan peranti berdaftar lain, Login akaun pada aplikasi CIMBClicks, kemudian pergi ke bahagian Setting dan pilih Other Registered Device. Seterusnya, pilih peranti berdaftar lain yang ingin dinyahaktikan kemudian pilih Yes dan tunggu sehingga proses selesai.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN