Close

Apple akan menggunakan bateri kobalt yang dikitar semula 100% bermula 2025

Apple mengumumkan yang mereka akan mula menggunakan bateri kobalt yang dikitar semula 100%, bermula pada tahun 2025. Yang mana, ia juga adalah sebahagian daripada usaha Apple untuk menggunakan bahan neautral karbon pada semua produknya.

Berikutan dari itu, Apple akan menggunakan Magnet yang berunsur nadir bumi kitar semula serta papan litar yang menggunakan saduran timah kitar semula 100% dengan gabungan saduran emas yang juga kitar semula 100% pada produk mereka.

Apple sebenarnya telahpun memulakan penggunaan bahan kitar semula lebih awal, dengan dua pertiga menggunakan aluminium, tiga perempat menggunakan nadir bumi dan 95% tungsten yang digunakan pada produk mereka adalah dari bahan kitar semula 100%. 

Pada ketika ini, produk seperti Apple Watch, iPhone, MacBook dan lain-lain menggunakan 25% bateri kobalt kitar semula. Dan menjelang 2025, kita bakal melihat semua produk Apple akan menggunakan  bateri kobalt yang dikitar semula 100%.

Dan menjelang 2030, Apple akan dijangka akan mula menggunakan 100% bahan kitar semula dan dapat mencapai sepenuhnya neutral karbon pada produk mereka. Apple mendakwa yang mereka kini dalam usaha untuk mencapai kedua-dua matlamat tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN