Close

Apple Watch bakal menyokong sambungan berbilang peranti

Seperti yang kita tahu, Apple Watch hanya boleh disambungan pada satu iPhone sahaja dalam satu-satu masa. Perkara ini dilihat sedikit menyukarkan pengguna dan menjadi salah satu kekurangan pada Apple Watch.

Apple Watch can sync across more than one Apple device too, finally. I don’t know how this will be implemented. All I know, again, **ALL** I know, is that Apple Watch will sync across multiple iOS/iPadOS/Mac devices, and will no longer be tied to one single iPhone.

— 941 (@analyst941) April 27, 2023

 

Terbaru, Apple dilaporkan sedang membangunkan kemas kini yang membolehkan Apple Watch disambungkan kepada lebih banyak peranti Apple seperti iPhone, iPad dan Mac. Maklumat tersebut dikongsi oleh @analyst941 melalui Twitter yang menyatakan Apple Watch akan boleh disegerakan melalui iOS, iPadOS dan Mac.

Namun begitu, @analyst941 menyatakan yang beliau tidak mengetahui bagaimana Apple akan menyambungkan Apple Watch pada berbilang peranti, Apple mungkin akan menggunakan iCloud sebagai asas sambungan seperti yang dilakukan pada AirPods.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai ketersediaan kemas kini ini. Fungsi ini dijangka akan tiba seawal tahun hadapan. Sebagai rekod, @analyst941 adalah pakar tiris yang sama meramalkan iPhone akan hadir dengan Dynamic Island.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN