Close

Asus umumkan ROG Ally – Pesaing kepada Steam Deck

Konsol mudah alih kini semakin mendapat tempat di hati para gamers. Kemunculan Steam Deck telah merubah arah tuju konsol mudah alih dengan kemampuan bermain permainan dengan grafik tinggi PC secara mudah alih.

Terbaru, Asus telah mengumumkan ROG Ally yang dikatakan sebagai pesaing kepada Steam Deck. ROG Ally membawakan rekaan lebih kurang sama seperti Steam Deck, menggunakan kipas penyejukan yang lebih senyap melalui ROG intelligent Cooling dan menawarkan prestasi dua kali ganda lebih berkuasa dari Steam Deck.

ROG Ally dilengkapi dengan skrin FHD yang menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip APU yang tersuai hasil kerjasama AMD dan Asus. Untuk kawalan, ia hadir dengan D-pad, butang analog, ABXY, butang trigger dan beberapa butang tambahan.

Menjalankan sistem operasi Windows 11 bersama aplikasi Armory Crate yang digunakan untuk menjalankan semua permainan PC pada ROG Ally. Konsol mudah alih ini turut menyokong sambungan ROG XG Mobile eGPU yang membolehkan ia disambungkan kepada televisyen untuk bermain sewaktu ROG Ally dicas.

Tidak seperti Steam Deck yang ditawarkan di negara terpilih sahaja. ROG Ally dikatakan akan ditawarkan secara global dengan harga yang lebih kompetitif. Buat masa ini tiada maklumat penuh yang dikongsi oleh Asus. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi mengenai ROG Ally dari masa ke semasa. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN