Close

BMW i5 (G60E) akan diperkenalkan pada tahun ini – Kereta elektrik 5-Series pertama dari BMW

 

Kereta elektrik (EV) terbaru dari BMW berdasarkan 5-Series telah sah akan diperkenalkan pada tahun 2023 iaitu BMW i5 yang akan menjadi pesaing kepada Mercedes EQE.

Terdapat beberapa imej BMW i5 yang sedang dipandu uji di Eropah semasa musim sejuk yang membuktikan bahawa EV ini berkemampuan untuk dipandu walaupun cuaca sejuk beku. Malah, ia telah dipandu uji sejauh 3,000 KM dari Munich, Jerman ke Arjeplog, Sweden.

BMW Malaysia juga telah kongsikan kehadiran i5 di Malaysia tidak lama lagi dengan kod model G60E. BMW i5 akan menggunakan teknologi eDrive generasi yang ke-5 dan dikatakan model ini akan diperkenalkan secara rasmi sekitar bulan Oktober tahun ini.

Gambar oleh : Motor1

Melalui gambar yang tertiris, sistem infotainment pada BMW i5 hampir sama seperti model SUV EV mereka iaitu BMW iX atau model terbaru BMW.

Selain dari kereta elektrik sepenuhnya iaitu BMW i5, model 5-Series lain juga mungkin akan turut diperkenalkan. Termasuk 5-Series jenis Petrol, Diesel dan Plug-in Hybrid. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN