Close

BYD YangWang U9 adalah kereta elektrik yang boleh melompat dan dipandu dengan tiga tayar

BYD melalui sub-jenama mewah mereka iaitu YangWang secara rasmi memperlihatkan kereta elektrik baharu mereka iaitu U9. Kereta elektrik ini dibina dengan menggunakan platform baharu BYD iaitu e⁴ dan dikuasakan dengan empat motor elektrik.


DiSus-X
The most advanced vehicle body control system of the industry globally.#Yangwang #U9 #DiSus pic.twitter.com/XUX6TflyvO

— BYD Global (@BYDGlobal) April 10, 2023

 

Menarik mengenai BYD YangWang U9 adalah ia dimuatkan dengan sistem kawalan baharu yang dipanggil sebagai DiSus-X, membolehkan ia dipandu dengan menggunakan tiga tayar melalui ciri keselamatan yang akan mengurangkan bebanan sebanyak 50% dan juga boleh melompat pada ketinggian dua inci. 


Sistem kawalan DiSus-X ini dilengkapi dengan beberapa teknologi penderiaan yang mengabungkan tiga subsistem secara serentak iaitu DiSus-A, DiSus-C dan juga DiSus-P. Sistem kawalan ini membolehkan perubahan ketinggian kenderaan dapat dilakukan secara pantas. Selain itu, ia juga mampu untuk mengimbangi pergerakan kenderaan dalam apa jua keadaan.

Selain tampil dengan sistem kawalan baharu DiSus-X, BYD YangWang U9 yang dikuasakan dengan empat motor elektrik mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam 2 saat dengan kelajuan maksimum 412km/j. Harga jualan untuk BYD YangWang U9 adalah sekitar $150,000 (RM662 Ribu). Pada acara pelancaran, kereta ini dilihat melakukan tarian kecil kemudian melompat

ARTIKEL BERKAITAN