Close

Cara guna fungsi ‘One WhatsApp Multiple-Phones’ pada iPhone atau Android – Satu nombor boleh diakses pada 4 fon lain

Umum sedia maklum, baru-baru ini Meta telah melepaskan kemas kini pada WhatsApp yang memberikan ciri ‘One WhatsApp Multiple-Phones’ yang akan membolehkan satu nombor WhatsApp diakses oleh 4 lagi fon yang lain serentak.
Cara-cara untuk tetapkan ciri ni pada fon lain sangat mudah. Anda boleh rujuk langkah di bawah :
1. Pastikan anda kemas kini aplikasi WhatsApp paling terbaru


2. Pastikan anda sudah ada fon utama yang guna nombor WhatsApp sedia ada

3. Ambil fon satu lagi, muat turun WhatsApp dan tekan ‘Agree and Continue’


4. Tekan titik tiga (More Options) di bahagian atas kanan

5. Link to Existing Account dan anda akan nampak QR code yang dipaparkan


6. Buka WhatsApp pada fon utama (Rujuk nombor 2)

7. Pergi ke Setting (iPhone) atau More Options (Android) dan tekan Linked Devices


8. Tekan Link a Device dan scan QR code yang dipaparkan pada fon ke-2 (Rujuk nombor 5)


9. Tunggu proses dan WhatsApp anda sedia digunakan pada fon satu lagi dengan nombor yang sama

Jika anda tidak lagi mahu untuk sambungkan pada fon yang lain, boleh saja buang akses di bahagian tetapan ‘Linked Devices’ (hanya tekan Log Out) dan fon yang lain akan terkeluar secara automatik.
Fon utama masih ada kuasa untuk kawal fon mana yang dapat akses nombor utama. Cara yang lebih terperinci, boleh rujuk video :

ARTIKEL BERKAITAN