Close

Cip Exynos 2400 dilaporkan akan mempunyai GPU yang lebih berkuasa

Samsung dilaporkan akan hadir dengan GPU yang lebih berkuasa pada Cip Exynos 2400. Cip tersebut yang masih lagi dalam fasa pembangunan dikatakan akan menggabungkan dua unit grafik iaitu RDNA2 dan 6WGP. 

Exynos 2400
10 Core ARMv9 CPU + RDNA2 6WGP(12CU) GPU

— Revegnus (@Tech_Reve) April 18, 2023

Melalui gabungan tersebut, cip Exynos 2400 akan mempunyai prestasi GPU empat kali ganda lebih berkuasa berbanding GPU yang ada pada cip Exynos 2200. GPU yang akan digunakan pada cip Exynos 2400 adalah berasaskan kepada RDNA2, akan mempunyai 12 CU (Compute Units) pada GPU berbanding pada model sebelumnya yang mempunyai 3 CU GPU sahaja.

Selain akan hadir dengan GPU yang lebih berkuasa, terdapat laporan lain menyatakan yang cip Exynos 2400 akan hadir dengan 10 teras CPU dengan 1x Cortex-X4, 2x Cortex-A720, 3x Cortex-A720 dan 4x Cortex-A520. Pada ketika ini, kebanyakan cip pada peranti hadir dengan 8 teras CPU sahaja.

Kerjasama Samsung dan AMD telah dimulakan pada cip Exynos 2200 dengan membawakan teknologi Ray Tracing. Namun, cip tersebut dilihat gagal untuk menjalankan permainan Diablo: Immortal pada tetapan grafik yang sepatutnya. Sekiranya, Samsung masih lagi tidak membawakan kemajuan yang lebih baik pada cip mereka, ia mungkin akan menjadi penamat bagi cip Exynos.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN