Dalam ujian tersebut, Daihatsu telah mengubah suai lapisan pintu tempat duduk depan semasa ujian pelanggaran sisi untuk mengelakkan penemuan potensi risiko kecederaan. Yang mana, pengubahsuaian tersebut tidak dibuat pada kenderaan yang dikeluarkan.
Manipulasi ujian keselematan tersebut melibat empat model iaitu Perodua Axia 2023, Toyota Vios, Toyota Agya dan sebuah lagi model yang bakal dilancarkan.
Berikutan dari itu, Pengerusi Toyota iaitu Akio Toyoda menyatakan beliau percaya masalah ini tidak terhad kepada Daihatsu sahaja, ia mungkin turut berlaku kepada Toyota. Oleh yang demikian, Toyota akan mulakan siasatan terperinci dan mengumpul fakta menyeluruh untuk memahami situasi yang berlaku. Dalam masa yang sama mencegah ia berulang.
Pada ketika ini, semua penghantaran telah pun digantung. Daihatsu dan Toyota akan melakukan ujian keselamatan semula dengan kehadiran pihak berkuasa dan pensijilan. Penghantaran akan disambung semula sekiranya ujian tersebut berjaya mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.