Close

Elon Musk akan lancarkan TruthGPT persaing kepada ChatGPT

Pemilik kepada Space X, Twitter dan juga Tesla iaitu Elon Musk mengumumkan yang beliau akan melancarkan kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil sebagai “TruthGPT”, persaing kepada ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI.

Seperti namanya TruthGPT, adalah AI yang mementingkan kepada kebenaran tidak seperti AI lain yang di latih untuk berbohong seperti yang dibangunkan oleh Google dan OpenAI. Microsoft yang melabur kepada OpenAI juga dikatakan hanya memfokuskan kepada keuntungan. Berbeza dengan beliau ketika melabur dalam syarikat yang sama.

Musk turut menyatakan yang TruthGPT adalah jalan terbaik untuk keselamatan dan tidak akan memusnahkan manusia. Biarpun, TruthGPT dilihat akan tiba sedikit lewat namun, ia bakal menjadi pilihan yang lebih baik kelak.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai pelancaran TruthGPT. Sebelum ini, Elon Musk telah mencipta syarikat baru yang berdasarkan kepada AI (Kecerdasan Buatan) yang dinamakan sebagai X.AI.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN