Close

Elon Musk cipta syarikat baru berdasarkan AI (Kecerdasan Buatan) – Digelar sebagai X.AI

Elon Musk kini mencipta syarikat baru yang berdasarkan kepada AI (Kecerdasan Buatan) yang dinamakan sebagai X.AI.

Sebelum ini terdapat laporan awal mendedahkan mengenai pembangunan syarikat kecerdasan buatan yang diterajui oleh Elon Musk. Laparon itu turut menyatakan pemilik Twitter dan juga Tesla itu telah mendapatkan GPU dengan jumlah yang besar untuk tujuan pembangunan kecerdasan buatan.

Pada peringkat awal, Elon Musk merancang untuk mencipta AI di bawah Twitter, yang dibeli pada Oktober tahun lalu. Tetapi, terdapat perubahan rancangan dan menubuhkan syarikat bebas baru yang berpangkalan di Nevada. X.AI dijangka bakal menjadi pesaing kepada Open AI, yang mana pada ketika ini telah mencipta fenomena dalam kecerdasan buatan melalui ChatGPT. 

Buat yang tidak mengetahui, Elon Musk adalah salah seorang pengasas kepada Open AI, yang ditubuhkan pada 2015. Namun, pada 2018 Elon Musk memilih untuk meninggalkan syarikat tersebut selepas berlakunya masalah dalaman.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN