FBI beri amaran untuk tidak menggunakan port pengecasan USB di tempat awam - FUZZ.MY

Wednesday, April 12, 2023

FBI beri amaran untuk tidak menggunakan port pengecasan USB di tempat awam

Pihak FBI melalui Twtiter rasmi mereka telah mengeluarkan amaran kepada pengguna untuk tidak menggunakan stesen pengecasan telefon di tempat awam seperti di lapangan terbang, hotel atau pusat membeli-belah.


 

Amaran tersebut dikeluarkan berikutan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan stesen pengecasan tersebut untuk menyertakan perisian hasad ke dalam peranti pintar pengguna.


Sekiranya perisian hasad berjaya dimasukkan ke dalam peranti pengguna, ia membolehkan penggodam memantau dan mendapatkan akses kepada data privasi pengguna sekaligus mendedahkan pengguna kepada masalah kebocoran data.


Dalam masa yang sama, FBI turut memberi peringatan kepada pengguna untuk menggunakan kabel dan juga pengecas sendiri, serta menggunakan soket elektrik untuk mengecas peranti.


(Sumber)