Close

Gentari melancarkan pengecasan DC 60 Kw di Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan

Berita baik buat pengguna EV di Kota Bharu, Kelantan. Gentari dengan kerjasama PNB telah melancarkan pengecasan DC 60 Kw di Hotel Perdana, Kota Bharu yang boleh diakses 24 jam oleh umum.

Kos pengecasan 60 Kw yang ditawarkan adalah RM1.40 untuk setiap minit. Bukan itu saja, Gentari juga turut tawarkan pengecasan AC dengan kuasa 11 Kw dan 22 Kw dengan kos RM0.15 untuk setiap minit.

Anda boleh muat turun aplikasi Setel atau JomCharge untuk gunakan perkhidmatan pengecasan ini. Anda juga turut boleh mencari lokasi melalui pautan PlugShare.

(Sumber gambar)

ARTIKEL BERKAITAN