Close

Google bakal membolehkan pengguna memadam data pada aplikasi Play Store

Masalah privasi dan keselamatan dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Berikutan dari itu, Google dilihat bersedia untuk membawakan perubahan baharu dengan mengumumkan peraturan baharu Play Store pada pembangun yang membolehkan pengguna memadam data secara sepenuhnya dengan lebih mudah dan selamat.

  


Peraturan baharu ini mewajibkan pembangun aplikasi Play Store memberikan pilihan kepada pengguna untuk memadan akaun dan data secara terus dari aplikasi. Peraturan baharu ini akan mula dilaksanakan pada 7 Disember 2023 dan hanya termaktub kepada aplikasi yang menawarkan fungsi buka akaun baharu dari dalam aplikasi.
Selepas memenuhi permintaan untuk memadam data akaun, pembangun juga perlu memadam semua data yang berkaitan dengan akaun tersebut. Selain itu, pembangun juga boleh menyediakan lebih banyak pilihan untuk pengguna memadam data khusus seperti imej, sejarah aktiviti atau video.
Sekiranya pembangun perlu menyimpan data tertentu untuk tujuan keselamatan, pencegahan penipuan atau pematuhan peraturan, ia perlu dilakukan secara jelas.
Peraturan baharu ini dilihat akan dapat mewujudkan kepercayaan pengguna kepada Google dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah privasi dan keselamatan yang semakin meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN