Close

Google Find My Device kelak mampu jejak peranti biarpun telah dimatikan

Google Find My Device adalah ciri penjejakan peranti yang dibangunkan oleh Google. Yang mana, ciri ini membolehkan pengguna untuk mengesan atau mencari lokasi peranti mereka yang hilang. Tetapi, ciri ini hanya boleh digunakan sekiranya peranti dalam keadaan “On” dan mempunyai sambungan internet.

Terbaru, Google dikatakan sedang membangun ciri penjejakan yang lebih baik seumpama Apple Find My. Ciri penjejakan baharu ini dikatakan mempunyai keupayaan untuk menjejak peranti biarpun telah dimatikan. Ciri penjejakan baharu ini akan dikenali sebagai Pixel Power-Off Finder.

Ciri ini dilihat seiring dengan laporan sebelum ini mengenai produk penjejak dari Google iaitu Grogu yang akan menawarkan ciri seperti Apple AirTag. Sehubungan dengan itu, Google dikatakan sedang membina rangkaian yang lebih besar melalui fungsi UWB dan juga Grogu.

Untuk menggunakan ciri ini, peranti tersebut perlu mempunyai perkakasan tambahan yang membolehan cip Bluetooth sentiasa dihidupkan. Ciri ini dijangka akan mula diperkenalkan pada siri Google Pixel 8.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN