Menurut Evan Blass, Google akan membawakan pilihan warna baharu pada Google Pixel 7a. Yang mana, pilihan warna baharu tersebut adalah Coral. Namun begitu, Evan Blass tidak mendedahkan nama komersil bagi warna tersebut.
Seperti pada peranti sebelumnya, Google akan memberikan nama komersil bagi warna dengan nama yang unik seperti pada siri Google Pixel 7 iaitu Lemongrass, Snow, Obsidian dan Hazel.
Google Pixel 7a akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci OLED 1080p yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Tensor G2 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Tiada perubahan ketara dari segi rekaan, sama seperti Google Pixel 7 tetapi lebih kompak. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP IMX787 + 12MP ultra lebar.