Close

Google Pixel 7a dilaporkan akan hadir dengan tiga pilihan warna

Sumber : OnLeaksxMySmartPrice

Google Pixel 7a dijangka akan dilancarkan pada acara Google I/O yang akan berlangsung pada 10 Mei ini. Sebelum ini, terdapat pelbagai maklumat mengenai Google Pixel 7a telahpun tertiris. Dan maklumat terbaru ini mengesahkan rekaan dan juga pilihan warna untuk Google Pixel 7a.


Sumber : OnLeaksxMySmartPrice

Dari segi rekaan, Google Pixel 7a masih membawakan rekaan yang sama seperti Google Pixel 7 tetapi lebih kompak. Menggunakan kamera bar jenis aluminium dan hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP IMX787 + 12MP ultra lebar. Selain itu, Google Pixel 7a juga dilaporkan akan menyokong pengecasan tanpa wayar 5W.


Sumber : OnLeaksxMySmartPrice

Google Pixel 7a akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci OLED 1080p yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Tensor G2 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. 


Sumber : OnLeaksxMySmartPrice

Terdapat tiga pilihan warna yang akan ditawarkan iaitu Light Blue, Black dan Grey. Namun, tidak didedahkan secara terperinci mengenai nama komersial warna  dan berkemungkinan pilihan warna tersebut hanya akan tersedia secara eklusif di negara terpilih sahaja.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN