Close

Google Pixel 8 dilaporkan akan hadir dengan saiz skrin yang lebih kecil

Sumber : OnLeaks x MySmartPrice

Google buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai pelancaran siri Google Pixel 8. Namun begitu, terdapat pelbagai laporan telah tertiris mengenai rekaan dan spesifikasi yang akan digunakan pada siri Google Pixel 8.


From DSCC’s new monthly OLED smartphone service:
– Google Pixel 8 – 6.16″, down from 6.32″ on the Pixel 7
– Google Pixel 8 Pro – 6.7″, same as Pixel 7 Pro
Both start panel production in May.

— Ross Young (@DSCCRoss) April 12, 2023

 

Terbaru, menurut pakar tiris Ross Young. Google Pixel 8 dilaporkan akan hadir dengan saiz skrin yang lebih kecil dengan 6.16-inci berbanding pada Google Pixel 7 dengan 6.32-inci. Manakala, untuk Google Pixel 8 Pro ia masih mengekalkan saiz skrin yang sama seperti pada Google Pixel 7 Pro dengan 6.7-inci.


Selain itu, siri Google Pixel 8 dijangka akan hadir dengan rekaan sisi yang sedikit bulat seperti mana rekaan kamera yang digunakan pada Google Pixel 7. Ia bermaksud, tiada lagi rekaan sisi jenis rata yang akan digunakan pada siri Google Pixel 8.


Google dijangka akan menggunakan panel skrin dari Samsung. Namun, tidak dapat dipastikan adakan ia akan menggunakan panel E6 AMOLED atau sebaliknya. Dalam masa yang sama, Young turut menyatakan yang pengeluaran skrin bagi siri Google Pixel 8 akan bermula pada Mei ini.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN