Close

Harga jualan ASUS ROG Ally tertiris – Bermula sekitar RM3124 untuk model tertinggi


Konsol mudah alih yang bakal menjadi persaing kepada Steam Deck iaitu ASUS ROG Ally telahpun dijadualkan akan dilancarkan pada 11 Mei ini. Selepas beberapa maklumat mengenai spesifikasi telah tertiris, kini harga jualan juga telahpun tertiris.


ASUS ROG Ally Thread:
7″ FHD 120Hz
AMD Z1 Extreme
16GB LPDDR5
AMD Radeon Navi3 Graphics
512GB NVMe M.2 SSD
Dolby Atmos Surround Sound

“Play almost any game that runs on Windows, Steam, GOG, XBOX Game Pass, GeForce Now, Android, and more”
1/3 pic.twitter.com/mUXZrEvoxA

— SnoopyTech (@_snoopytech_) April 26, 2023

 

Menurut SnoopyTech melalui Twitter beliau, harga jualan untuk ASUS ROG Ally dengan cip AMD Z1 Extreme adalah $699.99 (RM3124). Yang mana, ia merupakan model dengan spesifikasi tertinggi dalam siri ROG Ally. Terdapat satu lagi model dengan spesifikasi lebih rendah yang dijana dengan cip AMD Z1.



ROG Ally yang dikatakan sebagai persaing kepada Steam Deck dijangka akan hadir dengan paparan 120Hz FHD yang turut menyokong kecerahan puncak 500 nits dan juga AMD FreeSync Premium. Dijana dengan cip siri AMD Ryzen Z1 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB PCIe Gen 4.


Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti  pembesar suara stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari, sistem penyejukan ROG Intelligent Cooling, slot mikro SD, menyokong pelbagai akesori ROG dan lain-lain. ROG Ally ini dikatakan hanya seberat 608g sahaja. 



Konsol ini menjalankan sistem operasi Windows 11 bersama aplikasi Armory Crate yang digunakan untuk menjalankan semua permainan PC pada ROG Ally. Konsol mudah alih ini turut menyokong sambungan ROG XG Mobile eGPU yang membolehkan ia disambungkan kepada televisyen untuk bermain sewaktu ROG Ally dicas.


Dengan penawaran harga $699.99 (RM3124) untuk model dengan spesifikasi tertinggi, ia dilihat tidak terlalu mahal. Dan harga untuk model standard ROG Ally semestinya lebih mampu milik. Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan konsol ini di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN