Close

Harga jualan Google Pixel Fold dan Pixel 7a tertiris – Mencecah sekitar RM8000

Selain Google Pixel 7a yang dijangka akan dilancarkan pada acara Google I/O yang akan berlangsung 10 Mei ini. Terdapat laporan menyatakan yang Google Pixel Fold turut akan dilancarkan pada acara yang sama.

Sumber : OnLeaksxMySmartPrice

Terbaru, terdapat laporan yang mendedahkan kemungkinan harga jualan untuk Google Pixel Fold dan Pixel 7a. Untuk Google Pixel 7a, ia akan ditawarkan pada harga $499 (RM2221) dan hadir dengan empat pilihan warna iaitu Charcoal, Snow, Sea dan Coral. Penawaran harga Google Pixel 7a dilihat sedikit meningkat sekitar $50 (RM221) berbanding harga jualan Google Pixel 6a ketika dilancarkan.

Sumber : OnLeaksxMySmartPrice

Google Pixel 7a dijangka akan hadir dengan cip Tensor G2, paparan 90Hz, kamera utama 64MP dengan ultralebar 13MP dan akan menyokong pengecasan tanpa wayar. Dari segi rekaan, Google Pixel 7a dijangka akan mengekalkan rekaan yang sama seperti Google Pixel 7 tetapi lebih kompak.


Sumber : OnLeaksxHowtoisolve

Manakala untuk harga jualan peranti boleh-lipat pertama dari Google iaitu Pixel Fold, harga jualannya adalah mencecah $1799 (RM7973). Biarpun kedua-dua peranti diumumkan secara serentak, hanya Google Pixel 7a sahaja yang akan dijual secara terus. Sementara, untuk Google Pixel Fold akan dijual secara pra-tempahan dan akan tersedia pada 27 June 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN