Close

Honor Magic Vs turut dilancarkan dengan harga RM5999

 Screenshot_20221123_053446


Pada acara yang sama, Honor turut mengumumkan peranti boleh-lipat generasi baharu mereka iaitu Honor Magic Vs. Generasi baharu ini menawarkan sejumlah peningkatan dari segi rekaan, paparan, prestasi dan juga pengalaman penggunaan yang lebih baik.



Untuk spesifikasi, Honor Magic Vs dilengkapi dengan skrin dalaman bersaiz 7.9-inci OLED dengan paparan 90Hz, untuk skrin luaran pula ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.45-inci OLED dengan paparan 120Hz. Ia juga menyokong 1.07 billion color dan juga DCI-P3 wide color gamut.



Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan sotoran dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 66W.



Untuk fotografi, Honor Magic Vs hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 54MP IMX800 + 50MP ultra sudut lebar + 8MP 3x optikal zum. Manakala untuk swafoto ia menggunakan sensor kamera 16MP. Kamera ini ditala dengan Honor Image Engine untuk memberikan imej yang lebih baik dan berkualiti. Dari segi rakaman video ia menyokong resolusi sehingga 10 bit 4K 60fps.



Honor Magic Vs membawakan rekaan yang lebih premium, lebih nipis dan juga lebih ringan. Yang mana beratnya adalah sekitar 261g dan tebal hanya 12.9mm sekali menjadikan ia sebagai peranti boleh-lipat paling ringan yang ada di industri ketika ini. Rekaan engsel kini menggunakan bahan binaan dari gred aeroangkasa yang mampu bertahan sehingga 400,000 lipatan bersamaan lebih dari 10 tahun penggunaan.


Ciri lain yang turut hadir pada peranti ini adalah seperti menyokong penggunaan stylus, pembesar suara jenis stereo simetri IMAX Enhanced, 3 mikrofon, MagicOS 7 dan sebagainya. Selain itu, Honor turut menawarkan keupayaan multi-tugasan seperti App Extender, Smart Multi-Window, Adaptive Screen Rotate, Dual View Photo dan lain-lain.




Untuk harga jualan, Honor Magic Vs dijual pada harga RM5999 . Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka bermula hari ini 6 hingga 13 April. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2200.

ARTIKEL BERKAITAN