Close

Huawei P60 Pro akan tiba di Malaysia pada 11 Mei ini

Huawei menjadualkan acara pelancaran Huawei P60 Pro yang akan berlangsung pada 11 Mei ini. Tidak hanya P60 Pro, Huawei dijangka akan turut mengumumkan beberapa peranti lain yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Untuk spesifikasi, Huawei P6 Pro dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama kamera 48MP yang ditala dengan teknologi kamera XMAGE untuk memberikan hasil imej yang lebih baik. Menggunakan skrin dari Kunlun Glass yang tahan lasak dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 3.1. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti komunikasi satelit dua hala, penarafan IP68 dan pengimbas cap jari dibawah skrin.


Antara perkara menarik mengenai Huawei P60 Pro adalah rekaan panel belakang yang diilhamkan dari batu marmar, menjadikan peranti ini unik dan berbeza dari peranti yang ada di pasaran ketika ini. Selain itu, peranti ini juga dimuatkan dengan pelbagai teknologi terkini dan kemampuan kamera yang lebih baik.


Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai harga jualan dan juga ketersediaan Huawei P60 Pro di Malaysia. Maklumat tersebut hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN