Close

Huawei Watch GT Cyber kini boleh dipra-tempah di Malaysia

Huawei kini sedia menawarkan jam tangan pintar baharu mereka untuk pasaran tempatan melalui model Huawei Watch GT  Cyber. Menarik mengenai jam tangan pintar ini adalah pengguna boleh menukar keseluruhan bahagian pada Huawei Watch GT Cyber.

Huawei Watch GT Cyber hadir dengan rekaan berbentuk bulat bersama satu butang kawalan yang terletak di sebelah kanan. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 1.32-inci dengan resolusi 466 x 466 dan 352 PPI. Ditawarkan dalam tiga pilihan kemasan iaitu Urban, Sports dan Fashion. Untuk Urban dan Fashion ia hadir dengan bingkai diperbuat dari seramik, sementara Sport hadir dengan bingkai dari bahan gentian komposit.


Seperti jam tangan pintar lain, Huawei Watch GT Cyber ini dilengkapi dengan fungsi penjejakan kesihatan seperti spO2, penjejakan tekanan, penjejakan tidur, denyutan jantung dan lain-lain. Ia juga turut dimuatkan dengan lebih dari 100 aktiviti mod sukan secara terbina. Ia juga menyokong sambungan melalui Bluetooh dan juga NFC.


Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 7 hari untuk penggunaan sederhana dan menurun kepada 4 hari untuk penggunaan yang lebih berat. Untuk pengecasan ia menggunakan pengecasan tanpa wayar Qi.


Huawei Watch GT Cyber dijual pada harga bermula dari RM999 untuk Midnight Black dan RM1099 untuk Golden Black. Bagi yang berminat, pra-tempahan telahpun dibuka bermula dari 6 hingga 14 April. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM179.

ARTIKEL BERKAITAN