Close

Hyundai Creta kini rasmi di Malaysia dengan harga RM149K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini sedia untuk menawarkan pilihan SUV segmen B baharu melalui Hyundai Creta. Hadir dengan reka bentuk kontemporari dan ditawarkan dengan satu pilihan varian sahaja iaitu Plus.

Dari segi rekaan, Hyundai Creta membawakan rekaan yang sinonim dengan Hyundai model terbaharu seperti Palisade. Hadir dengan saiz yang lebih besar berbanding SUV segmen B lain dalam barisan Hyundai dengan 4315 mm panjang, 1790 mm lebar, 1630 mm tinggi dan wheelbase 2610 mm.

Rekaan dalaman Hyundai Creta sangat minimalis dan ringkas dengan kemasan berwarna hitam. Didatangkan dengan panel 8- inci sesentuh yang menyokong Android Auto, Apple Car Play dan Voice Recognition.

Dimuatkan dengan enjin petrol 4 silinder SmartStream G1.5 liter yang mampu menghasilkan 115 PS pada 6300 rpm dan 144 Nm torque pada 4500 rpm. Kelajuan maksimum 170 km/j dengan 0 ke 100 hanya dalam 12 saat. Menyokong empat mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport dan Smart.

Hyundai Creta menyokong pelbagai teknologi dan ciri keselamatan terkini seperti Hyundai SmartSense, lane keeping assist, lane following assist, forward and blind sport collision-avoidance assist, safe exit warning, high beam assist dan banyak lagi.

Di Malaysia, Hyundai Creta dijual pada harga RM149K yang hadir dengan jaminan 5 tahun atau 300,000 km, lebih menarik ia turut menawarkan servis percuma 3 tahun atau 50,000 km untuk 150 pembeli terawal.

ARTIKEL BERKAITAN