Close

Infinix Hot 30 dan Hot 30i kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM399

Infinix kini sedia untuk menawarkan dua peranti baharu untuk pasaran tempatan melalui Infinix Hot 30 dan Infinix Hot 30i. Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi menarik dengan harga yang mampu milik.

Infinix Hot 30 hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.78-inci yang turut menyokong paparan 90Hz. Dijana dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 33W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + Lensa AI. Sementara, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti NFC, Bluetooh 5.1, pembesar suara jenis stereo dan lain-lain.

Manakala untuk Infinix Hot 30i, ia hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.6-inci dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T606 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 5000mAh bersama pengecasan 18W. Dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + Lensa AI. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP.

Untuk penawaran di Malaysia, Infinix Hot 30 dijual pada harga RM599 untuk 8GB + 128GB. Sementara untuk Infinix Hot 30i pula dijual pada harga RM399 untuk 4GB + 128GB. Infinix turut menawarkan Infinix Hot 30 Free Fire Edition yang dijual pada harga RM599.



Bagi yang berminat, pada 14 hingga 17 April peranti ini dijual pada harga promosi sekiranya membeli melalui kedai atas talian Inifinix di Shopee dan Lazada. Infinix Hot 30 akan dijual pada harga RM549 dan Infinix Hot 30i akan dijual pada RM349.

ARTIKEL BERKAITAN