Close

Instagram Reels kini hadir dengan beberapa ciri baharu – Ini perlu anda tahu

Instagram kini sedia untuk menawarkan beberapa ciri baharu pada Reels dalam memberikan pengalaman yang lebih baik pada Reels. Antara ciri yang dibawakan adalah seperti suntingan video, Trends Reels dan Reels Insights.



Untuk suntingan video, Reels kini menyokong lebih banyak pilihan suntingan dan menyertakan lebih banyak pilihan. Selain itu, suntingan video kini lebih kemas dan memudahkan proses suntingan, penetapan masa untuk teks atau pelekat pada Reels juga kini telah ditambah baik.
Ciri seterusnya ialah Trends Reels, ciri ini membantu pengguna untuk mengetahui trends semasa yang sedang tular di Reels, merangkumi video, topik, tanda pagar dan juga audio yang sedang popular. Melalui ciri ini, ia akan membantu untuk mendapatkan jumlah tontonan yang lebih baik.
Akhir sekali adalah Reels Insights, memaparkan jumlah dan purata masa tontonan. Ciri ini dilihat lebih memudahkan pengguna memahami beberapa perkara mengenai prestasi kandungan yang dihasilkan,sekaligus dapat membantu pengguna mendapatkan jumlah tontonan yang lebih lama.
Reels juga kini membolehkan pengguna untuk menghantar hadiah kepada pencipta kandungan. Namun, ciri ini hanya terhad di beberapa negara sahaja buat masa ini seperti Australia, Kanada, Perancis, Mexico, New Zealand dan United Kingdom. Ciri ini akan dijangka akan diperluaskan kepada lebih banyak negara dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN